Read more : http://www.wakrizki.net/2011/03/membuat-effek-zoom-gambar-di-blog.html#ixzz1PJMAYpiS

Kalimat mati di dalam al-Qur'an

Perkataan mati diterjemah daripada beberapa kalimat al-Qur'an. Oleh kerana bilangan ayat yang mengandugi perkataan tersebut agak banyak maka senarai dibuat dalam dua halaman.

Di sini disenaraikan hanya ayat-ayat mengandungi kalimat-kalimat yang terbit daripada akar mim wau ta, iaitu mata, mamat, mawtah, mayt, maytah, mayyit dan amata - yang bukan sahaja diterjemah kepada mati malah bangkai dan maut jua, menurut konteks ayat.

Di halaman kedua pula disenaraikan kalimat-kalimat lain yang juga diterjemah kepada mati.

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat-kalimat daripada akar yang disebut tadi adalah:



2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka meletakkan jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang yang tidak percaya (kafir).

2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?

2:56. Kemudian Kami membangkitkan kamu setelah kamu mati supaya kamu berterima kasih.

2:73. Maka Kami berkata, "Pukullah dia dengan sebahagiannya." Begitulah Allah menghidupkan orang-orang yang mati, dan Dia memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu faham.

2:94. Katakanlah, "Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar."

2:132. Dan Ibrahim mewasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah memilih untuk kamu agama; maka janganlah kamu mati kecuali dalam kemusliman."

2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."

2:154. Dan janganlah mengatakan terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, "Mereka sudah mati", bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedari.

2:161. Tetapi orang-orang yang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.

2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa.

2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.

2:243. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka, "Matilah!" Kemudian Dia menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

2:258. Tidakkah kamu merenungkan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah memberinya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah mendatangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang yang tidak percaya tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandar raya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah menghidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah mematikannya seratus tahun, kemudian Dia membangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami membuat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan menyusunnya, dan kemudian mengelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggilah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu mengetahui bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

3:27. Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."

3:49. Untuk menjadi seorang rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku menciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku menghembuskan ke dalamnya, dan ia menjadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku menyembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga menghidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku memberitahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

3:91. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, dan mati dengan tidak percaya, maka tidak akan diterima daripada seseorang pun antara mereka emas sepenuh bumi, jika dia menebus dirinya dengannya; bagi mereka azab yang pedih, dan mereka tidak ada penolong-penolong.

3:102. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman.

3:119. Beginilah kamu ini; kamu menyukai mereka, dan mereka tidak menyukai kamu; kamu mempercayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri, mereka menggigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah, "Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada."

3:143. Kamu menginginkan kematian sebelum kamu menemuinya; sungguh kamu telah melihatnya dan kamu memerhatikan.

3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang rasul; rasul-rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan berbalik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang berbalik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan memudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang-orang yang berterima kasih.

3:145. Tiadalah sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa yang menghendaki ganjaran dunia, Kami memberinya daripadanya, dan sesiapa yang menghendaki ganjaran akhirat, Kami memberinya daripadanya; dan Kami akan membalas orang-orang yang berterima kasih.

3:156. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menjadi seperti orang-orang yang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah membuatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan, dan Dia mematikan; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

3:157. Jika kamu terbunuh, atau mati di jalan Allah, keampunan dan pengasihan daripada Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka mengumpulkan.

3:158. Sesungguhnya jika kamu mati, atau terbunuh, kepada Allah kamu dikumpulkan.

3:168. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri duduk, "Sekiranya mereka mentaati kita, tentu mereka tidak terbunuh." Katakanlah, "Maka tolaklah kematian itu daripada diri-diri kamu jika kamu berkata benar."

3:169. Janganlah menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati, tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.

3:185. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.

4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan.

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah."Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis.

4:100. Dan sesiapa berhijrah di jalan Allah, dia akan mendapati di bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian kematian mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar mempercayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia menjadi saksi ke atas mereka.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

6:36. Yang menyahuti hanyalah orang-orang yang mendengar; bagi orang-orang yang mati, Allah akan membangkitkan mereka, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.

6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia mengutus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, rasul-rasul Kami mematikannya, dan mereka tidak lalai.

6:93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan menurunkan yang serupa dengan apa yang Allah menurunkan"? Jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim dalam kesengsaraan kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu mengatakan yang tidak benar terhadap Allah, dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya."

6:95. Sesungguhnya Allah membelah biji biji-bijian, dan biji kurma, mengeluarkan yang hidup daripada yang mati; Dia mengeluarkan juga yang mati daripada yang hidup. Demikian itulah Allah; maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

6:111. Walaupun Kami menurunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami mengumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan mempercayai, kecuali jika Allah mengkehendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.

6:122. Adakah orang yang telah mati, dan Kami menghidupkannya, dan membuatkannya satu cahaya untuk berjalan dengannya di tengah-tengah manusia, seperti orang yang persamaannya berada di dalam kegelapan, dan tidak dapat keluar darinya? Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) apa yang mereka buat.

6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada teman-teman hidup kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan membalas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

6:145. Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."

6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.

7:25. Berkata, "Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan."

7:57. Dia yang mengutuskan angin, yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya menurunkan air, dan mengeluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami mengeluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.

7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang mempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk."

8:6. Dengan membantah kamu mengenai yang benar setelah ia menjadi jelas, seakan-akan mereka dihalau kepada kematian dengan mata-mata mereka terbuka luas.

9:84. Dan janganlah kamu merahmati selamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.

9:116. Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan, dan kamu tidak ada, selain daripada Allah, sama ada wali (pelindung) atau penolong.

9:125. Tetapi bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kekotoran pada kekotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.

10:31. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"

10:56. Dia menghidupkan dan mematikan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya mengetahui bahawa, jika Allah menghendaki, tentu Dia memberi petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang yang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka mengerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu.

14:17. Yang dia menghirupnya, dan hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang keras.

15:23. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah pewaris-pewaris.

16:21. Telah mati, tidak hidup, dan tidak menyedari bila mereka akan dibangkitkan.

16:38. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati; tidak, ia adalah satu janji yang mengikat-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.

16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

17:75. Kemudian tentu Kami akan merasakan kepada kamu dua kali ganda dalam kehidupan, dan dua kali ganda daripada kematian; dan kemudian kamu tentu mendapati tiada sesiapa yang menolong kamu terhadap Kami.

19:15. Kesejahteraan ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.

19:23. Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku telah mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang dilupakan!"

19:33. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."

19:66. Manusia berkata, "Apa, apabila aku telah mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup?"

20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.

21:34. Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu untuk hidup selama-lamanya; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

21:35. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.

22:6. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan Dia menghidupkan yang mati, dan berkuasa atas segala sesuatu.

22:58. Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan dibunuh, atau mati, Allah pasti akan memberi rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

22:66. Dia yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu. Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).

23:15. Kemudian sesudah itu kamu pasti mati.

23:35. Apa, adakah dia menjanjikan kamu bahawa apabila kamu telah mati, dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan?

23:37. Tidaklah ia melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan kita tidak akan dibangkitkan.

23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu memahami?

23:82. Mereka berkata, "Apa, apabila kami telah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

23:99. Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,

25:3. Namun begitu, mereka mengambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak mencipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas kemudaratan atau kemanfaatkan kepada diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.

25:49. Supaya Kami menghidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami menciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.

25:58. Percayakanlah (tawakallah) kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,

26:81. Yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku,

27:80. Kamu tidak dapat menjadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

29:57. Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.

29:63. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami.

30:19. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

30:40. Allah ialah Dia yang mencipta kamu, kemudian Dia merezekikan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang membuat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!

30:50. Maka perhatikanlah bekas-bekas daripada pengasihan Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia yang menghidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

30:52. Kamu tidak akan menjadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia menurunkan hujan; Dia mengetahui apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa mengetahui apa yang ia akan mengusahakan esok, dan tiada jiwa mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."

33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit."

33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang yang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk memiliki yang baik. Mereka itu tidak pernah mempercayai; Allah menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.

34:14. Dan apabila Kami menentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang memakan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

35:9. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, kemudian Kami menghalaunya ke tanah yang mati, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Begitulah Kebangkitan.

35:22. Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah menjadikan mendengar sesiapa yang Dia mengkehendaki; kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar.

35:36. Bagi orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, api Jahanam; mereka tidak diakhirkan, dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami membalas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).

36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan menulis apa yang mereka mendahulukan, dan apa yang mereka meninggalkan; segala sesuatu Kami menjumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.

36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami menghidupkannya, dan mengeluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,

37:16. Apa, apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

37:53. Apa, apabila kami telah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan diberi pembalasan?'"

37:58. Apa, adakah kita tidak mati?

37:59. Melainkan kematian kita yang pertama, dan tidakkah kita diazab?

39:30. Kamu akan mati, dan mereka akan mati,

39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah menentukan kematian, tetapi Dia mengutuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

40:11. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau mematikan kami dua kali, dan dua kali Engkau menghidupkan kami; dan kami mengakui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"

40:68. Dia yang menghidupkan, dan mematikan; apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah", dan jadilah ia.

41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu melihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami menurunkan air kepadanya ia bergetar dan menggelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

42:9. Atau, adakah mereka mengambil untuk mereka wali-wali selain daripada Dia? Tetapi Allah - Dia Wali; dan Dia menghidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

43:11. Dan yang menurunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami menghidupkan dengannya tanah (negeri) yang telah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.

44:35. "Tiadalah ia, melainkan kematian kami yang pertama, dan kami tidak akan dihidupkan.

44:56. Mereka tidak akan merasakan di dalamnya kematian, kecuali kematian yang pertama. Dan Dia melindungi mereka daripada azab Jahim,

45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah menurunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

45:21. Atau, adakah orang-orang yang membuat kejahatan menyangka bahawa Kami akan membuat mereka seperti orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka memutuskan!

45:24. Mereka berkata, "Tiadalah ia, melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan tiada yang memusnahkan kita melainkan masa." Mengenai itu mereka tidak mempunyai pengetahuan; mereka hanya menyangka.

45:26. Katakanlah, "Allah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

46:33. Apa, tidakkah mereka melihat bahawa Allah yang mencipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang yang ditutupi dengan kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,

47:34. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan kemudian mati sedang mereka tidak percaya, merekalah yang Allah tidak akan mengampuni.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

50:3. Apa, apabila kami telah mati dan menjadi tanah? Itu pengembalian yang jauh!"

50:11. Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami menghidupkan tanah yang telah mati. Begitulah kekeluaran (kebangkitan).

50:19. Kesengsaraan maut datang dengan benar; itulah apa yang kamu menjauhkan diri daripadanya!

50:43. Kamilah yang menghidupkan, dan mematikan, dan kepada Kami kepulangan.

53:44. Dan bahawa Dialah yang mematikan, dan yang menghidupkan,

56:47. Mereka berkata, "Apa, apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

56:60. Kami menentukan antara kamu dengan kematian; Kami tidak didahului,

57:2. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan, dan Dia mematikan, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

57:17. Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya Kami memperjelaskan bagi kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

62:6. Katakanlah, “Wahai kamu orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”

62:8. Katakanlah, “Sesungguhnya kematian, yang daripadanya kamu lari, akan menemui kamu; kemudian kamu dikembalikan kepada Yang Tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.”

63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau menangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”

67:2. Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,

75:40. Apa, tidakkah Dia berkuasa untuk menghidupkan yang mati?

77:26. Bagi yang hidup dan yang mati?

80:21. Kemudian mematikannya, dan menanamkannya,

87:13. Kemudian dia tidak mati di dalamnya, dan tidak juga hidup.



Baca Juga Artikel Menarik Lainnya :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar